Banjir | Negara belum bersedia sepenuhnya hadapi banjir

  • 2 tahun lalu
Kerajaan dan rakyat masih tidak bersedia menghadapi banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pakar air, tenaga, iklim dan pengurangan risiko bencana, Prof Luqman Chuah Abdullah berpendapat, ini kerana kesedaran terhadap banjir kurang memuaskan, kurang sensitif kepada keadaan dan perubahan cuaca, serta sikap terhadap penjagaan hak alam sekitar rendah.

Katanya lagi, pihak berkuasa kerajaan tempatan hanya tertumpu kepada pembangunan tanpa keprihatinan kepada impak alam sekitar yang menyebabkan banjir.