Kes amang seksual: PU Azman bakal kemuka representasi

  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 8 DISEMBER 2022

Peguam mewakili pendakwah selebriti PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman itu berkata, pihaknya perlu meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan sebelum menghantar representasi.

Sementara itu, Hakim Datin Surita Budin menetapkan 31 Januari ini sebutan semula kes untuk mengemukakan representasi dan menetapkan tarikh perbicaraan.

PU Azman turut memohon doa peminat agar urusan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dipermudahkan, beliau berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan bagi mengahadiri sebutan semula kes berhubung pertuduhan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

Artikel: https://bit.ly/3HB3VQv

#BeritaSemasa #SinarHarian