Dua penumpang Triton parah dirempuh Myvi
  • last year
Dua individu parah manakala dua lagi cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi dalam kejadian di Weld Quay berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, tengah malam tadi.

Kejadian jam 12.50 tengah malam itu dipercayai berlaku selepas kereta Myvi yang dipandu wanita berusia 50-an hilang kawalan sebelum merempuh pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton hingga menyebabkan ia terbalik dalam keadaan melintang.
Recommended