MINDEF | Kertas Putih Pertahanan keutamaan Tok Mat

  • 2 tahun lalu
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan taklimat awal daripada pengurusan tertinggi kementerian, Kertas Putih itu perlu dijayakan sebaik mungkin demi meningkatkan kualiti dasar pertahanan negara.