Jiwa SME | Patin sedia dimasak terima permintaan tinggi dalam talian

  • tahun lalu
Masakan ikan patin amat sinonim dengan negeri Pahang.

Bukan mudah untuk masak ikan patin yang ada rasa seperti masakan di negeri darul makmur itu, namun seorang usahawan melihat perkara itu sebagai satu potensi perniagaan.

Azma Dila Suhana sanggup berhenti kerja tetapnya demi menjayakan perusahaan produk ikan patin sejuk beku berserta pes yang sedia untuk dimasak.

Objektif perniagaannya mudah, menyediakan produk untuk orang ramai yang tidak cukup masa untuk masak sama ada kerana bekerjaya atau sibuk urusan lain.