Isu Kesihatan | Monkeypox, cacar monyet kini ditukar menjadi mpox

  • tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO umumkan bahawa penyakit cacar monyet atau nama Inggerisnya, 'Monkeypox' ditukar kepada mpox selepas nama lama dianggap bersifat perkauman dan menjadi stigma kepada golongan tertentu.

Dalam satu kenyataan, WHO berkata, kedua-dua nama penyakit itu akan digunakan secara serentak selama setahun sementara perkataan 'Monkeypox' dihapuskan secara beransur-ansur.