Tiga generasi buang undi di Pekan Nanas

  • tahun lalu
Tiga generasi buang undi di Pekan Nanas

BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Keluarga tiga generasi dari Taman Impian Pekan Nanas Pontian, mencuri tumpuan apabila hadir bersama ke pusat pembuangan undi di SK Pengkalan Raja, Pontian, Johor pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

G Kaliammah hadir bersama tujuh orang anak dan dua cucunya di pusat pembuangan undi pada kira-kira jam 1 tengah hari dan selesai mengundi pada jam 1.30 tengah hari.

Menurut Kaliammah, tujuh daripada sembilan anaknya berusia 21 hingga 43 tahun termasuk seorang yang bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk membuang undi bersama.

Artikel: https://bit.ly/3gqwPY2

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15