PRU15 | Percaturan terakhir kerusi Parlimen Machang

  • 2 tahun lalu
Kini berbaki kurang 24 jam sebelum berakhirnya tempoh berkempen, dan bermulanya waktu mengundi. Jadi tentunya, dalam pecutan terakhir ini calon-calon mempergiatkan kempen masing-masing.

Ia termasuk di Parlimen P029 Machang, yang menyaksikan pertembungan empat penjuru. Antaranya melibatkan penyandang, Datuk Jazlan Yaakub mewakili Barisan Nasional dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal.

Adakah Machang masih dianggap sebagai kerusi selamat, selepas dipegang oleh penyandang selama dua penggal?

Untuk perkembangan terkini, kita terus bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad.