Balik undi: Larkin Sentral, JB sesak

  • 2 tahun lalu
Balik undi: Larkin Sentral, JB sesak

BERITA SEMASA 18 NOVEMBER 2022

Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, Johor Bahru sesak dan dipenuhi orang ramai yang memilih menggunakan kenderaan awam bas untuk pulang ke destinasi masing-masing bagi menjalankan tanggungjawab mengundi, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tinjauan dilakukan Sinar Harian di Larkin Sentral pada Jumaat, mendapati kawasan menunggu di beberapa pintu berlepas dan kaunter jualan tiket mula sesak sejak pagi.

Seorang peniaga, Ummi Kalthom Muharam, berkata, menaiki bas lebih selesa berbanding memandu sendiri untuk pulang mengundi di Shah Alam, Selangor.

Artikel: https://bit.ly/3hVlTC7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa