Sidang ASEAN | PM Kemboja akan beri jam tangan mewah kepada pemimpin ASEAN

  • 2 tahun lalu
Pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh minggu ini bakal menerima jam tangan mewah sebagai cenderamata daripada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Menerusi Facebook, beliau memuat naik beberapa gambar dan video, yang antara lain menunjukkan, tertera pada tali jam tangan berkenaan "Made in Cambodia".