Jiwa SME | Syafa Bakery cari pelanggan di hujung jari

  • 2 tahun lalu
Bermula dengan berniaga kek secara kecil-kecilan di rumah pada 2015, Norsyafikah Fared kini mampu menyewa premis selepas hasil tangannya itu mendapat sambutan menggalakkan.

Norsyafikah melakukan promosi secara agresif dalam media sosial dan Google menggunakan nama Syafa Bakery, kemudiannya menyewa premis milik Pertubuhan Peladang kawasan Lahar Bubu di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2018.