Tragedi di Seoul | Siasat segera punca rempuhan di acara Halloween

  • 2 tahun lalu
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mahu para pegawai penyiasat memastikan pengurusan pasca tragedi itu dijalankan dengan pantas.

Antara lain, beliau yang sifatkan insiden itu sebagai satu tragedi, turut mahu hasil siasatan berhubung punca ematian lebih 100 orang di acara Haloween di Seoul itu didedahkan.

Semasa mengadakan mesyuarat tergempar awal hari ini, Suk-Yeol turut memaklumkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera.