Seloka Tajuddin macam ada makna?

  • 2 tahun lalu
Seloka Tajuddin macam ada makna?

BERITA SEMASA 19 OKTOBER 2022

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengundang tawa ketika ditanya soal pencalonan PRU15.

Jun lalu, Datuk Seri Tajuddin digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana melanggar keputusan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan.

Beliau ditemui dalam program Wacana Sinar Harian siri 370 yang membincangkan ‘PRU15: Demi rakyat atau kuasa’ terbitan Sinar Harian.