SIBS 2022 | Bantu usahawan, pacu Selangor jadi hab pelaburan Asia

  • 2 tahun lalu
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) dijangka terus memacu ekonomi selangor dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai hab pelaburan pilihan dan kompetitif di Rantau Asia.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata penganjuran SIBS 2022 diyakini mampu membangunkan ekosistem di negeri Selangor bagi menggalakkan pemain industri dari pelbagai sektor menubuhkan operasi mereka di negeri itu.