Murid tahun dua nyaris diculik di sekolah!

  • 2 tahun lalu
Murid tahun dua nyaris diculik di sekolah!

BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2022

Seorang murid lelaki tahun dua berdepan detik cemas apabila mendakwa nyaris diculik di hadapan sekolahnya di Selising Pasir Puteh, Kelantan pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 8 tahun telah didatangi oleh sebuah kereta yang dinaiki oleh empat lelaki dewasa semasa sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah.

Bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Ahmad Ismail berkata, semasa kejadian, anak kelima daripada enam beradik itu sedang menunggu ibunya di luar sekolah selepas kelas fardu ain.

Artikel: https://bit.ly/3C7B2YS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa