Bajet 2023 | CUEPACS gesa naikkan gaji minimum penjawat awam

  • 2 tahun lalu
CUEPACS menggesa kerajaan menyeragam dan meningkatkan gaji minimum penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata gaji minimum RM1,208 ketika ini disifatkan sebagai tidak lagi relevan, dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bukan itu sahaja, faktor unjuran gaji yang terlalu rendah juga menyebabkan kira-kira separuh atau 800,000 daripada 1.62 juta penjawat awam masih belum memiliki kediaman sendiri.