MASJID ISTIQLAL JAKARTA | SOUTHEAST ASIA'S LARGEST MOSQUE

  • 2 years ago
MASJID ISTIQLAL JAKARTA | SOUTHEAST ASIA'S LARGEST MOSQUE

Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 200,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).

Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman.

Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.

Keseluruhan bangunan masjid berada di kawasan strategik di Taman Wilhelmina yang dihubungkan dengan Sungai Ciliwung yang membelah kota Jakarta.

#masjid #jakarta #masjidistiqlaljakarta #indonesia

sumber : wikipedia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Istiqlal

https://youtu.be/oZTLXy0VzV0

#masjid #masjidistiqlaljakarta #masjidistiqlal #indonesia #indonesiamaju

Recommended