Banjir | 29,103 anggota bomba sedia hadapi banjir Monsun Timur Laut

  • 2 tahun lalu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam persiapan menghadapi banjir, baik di peringkat pra, sewaktu dan pasca bencana itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setakat ini seramai 29,103 anggota JBPM dari pelbagai peringkat telah bersedia, termasuk lebih 2,000 aset darat, udara, dan marin.

Disyorkan