Belasungkawa | Jenazah Prof Madya Dr Hamidin selamat dikebumikan

  • 2 tahun lalu
Jenazah Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih pagi tadi.

Sebelum itu jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Pekan, Semenyih, yang turut dihadiri ahli keluarga, sanak saudara selain sahabat handai beliau.