Kebakaran | Kereta, motosikal milik PDRM terbakar

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 10 kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.53 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dikejarkan ke lokasi.