Akan Siasat | Tunggu laporan rasmi bantahan projek lombong pasir Silika
  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Sabah akan meneliti laporan berhubung bantahan terhadap projek perlombongan pasir silika di Kudat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini beliau masih belum menerima laporan rasmi mengenai perkara itu.

Tanah yang dijadikan projek perlombongan itu merupakan tanah milik persendirian yang telah dijual kepada pengusaha.