Kes Buli | Sembilan pelajar didakwa cederakan remaja 14 tahun

  • 2 tahun lalu
Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada seorang pelajar tingkatan dua, Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Nur Faizah Mohamad Saleh dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.