Rasuah | Dua bekas pegawai kanan hospital berdepan penjara 20 tahun

  • 2 tahun lalu
Dua bekas pegawai kanan sebuah hospital swasta didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berhubung pemberian kontrak pembekalan peralatan perubatan serta pengurusan pembelian tanah bagi hospital berkenaan.

Bekas Ketua Pegawai Operasi R. Mahendran, 52, dan bekas pengurus projek Wong Soon Kee, 65, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.