Juara Dunia | Agong, Permaisuri dan Ismail Sabri ucap tahniah

  • 2 tahun lalu
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada Ahad.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana mereka menjadi pemain badminton pertama negara berjaya bergelar juara, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Disyorkan