KKM akan siasat dakwaan doktor dedah rawatan Najib Razak - Khairy
  • 2 years ago
Hospital Kuala Lumpur telah melancarkan siasatan terhadap ciapan Twitter yang didakwa dibuat oleh salah seorang doktor yang merawat bekas perdana menteri Najib Razak dan mendedahkan maklumat mengenainya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, jika terbukti benar, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.