Dataran MBJB Gamat Sorakan Penyokong JDT

  • 2 years ago
Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini meriah dengan sorakan lebih 3,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila pasukan itu berjaya menggunguli perlawanan akhir Piala FA 2022 menentang Terengganu FC malam ini.

Suasana riuh serta kibaran bendera Johor bertambah gamat dengan gelagat sebahagian penonton berlari ke tengah dataran meraikan kemenangan JDT selepas menonton perlawanan melalui skrin besar.

Recommended