Pasangan kekasih maut hidu karbon monoksida di Alor Gajah

  • 2 tahun lalu
Pasangan kekasih maut hidu karbon monoksida di Alor Gajah

BERITA SEMASA 7 SEPTEMBER 2022

Seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta di kawasan JAPERUN Ayer Limau, Lubok Cina, Alor Gajah, Melaka, lapor Wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, pelajar perempuan tingkatan empat dan teman lelakinya yang berusia 20 tahun disahkan maut selepas dipercayai terhidu karbon monoksida.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, kedua-dua mereka ditemui lengkap berpakaian di bahagian pemandu dan penumpang hadapan selain kenderaan itu turut diselubung menggunakan kanvas.

Artikel: https://bit.ly/3Bjk3lN

#BeritaSemasa #PasanganKekasih #PDRM #SinarHarian