Armada Bersatu buat laporan polis terhadap Zahid Hamidi
  • 2 years ago
Armada Bersatu menyifatkan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Taklimat Khas Presiden, Sabtu lalu, berbaur hasutan dan mengancam keselamatan negara.

Sehubungan itu, Armada telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini kerana berpendapat intipati ucapan itu dengan jelas menghasut rakyat.