Kuala Lumpur di tangga ke-4 bandar paling terbeban dengan kerja

  • 2 tahun lalu
Pekerja di bandar raya Kuala Lumpur antara yang mempunyai waktu bekerja paling lama dan banyak menghabiskan masa berulang-alik ke tempat kerja berbanding penduduk di bandar lain di seluruh dunia.
Kajian dijalankan syarikat teknologi mudah alih, kisi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, ibu kota Malaysia itu berada di tangga keempat tertinggi bagi lima bandar raya paling terbeban dengan kerja.