Tunjuk lokasi pondok ekstremis

  • 2 tahun lalu
Tok Gajah seorang alim yang hebat di Pahang, Datuk Maharaja Lela seorang mufti di Perak, begitu juga Tok Ku Paloh dan lain-lain yang dinyatakan lahir dari institusi pondok dan tradisional.

Jelas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (RABITAH), Muzaihar Kamal Mustafa Kamal, penyataan bahawa pondok melahirkan pemberontak, pengganas dan selainnya biasanya dikeluarkan penjajah.

Sebaliknya, katanya, pondok melahirkan -tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan di negara ini.

Muzaihar berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 360 bertajuk ‘Pondok bukan sarang ekstremis‘ pada Selasa.

Untuk video penuh:
Youtube: https://youtu.be/RL11CYr73eQ

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia