Pembangunan Jalan Raya | Pasar Tamu Simpang Bekenu kini jadi tumpuan

  • 2 tahun lalu
Biarpun pembinaan Lebuhraya Pan Borneo laluan Miri-Bintulu belum siap sepenuhnya, komuniti peniaga di sekitar sudah mula menikmati aktiviti sosioekonomi yang semakin rancak.

Misalnya di Pasar Tamu Simpang Bekenu, empat tahun lalu pembeli yang datang hanya penduduk di sekitar dan hanya segelintir orang luar singgah ke gerai mereka di tepian jalan.

Kini apabila laluan utama selain jalan pesisir yang menghubungkan miri ke bahagian lain itu hampir siap, jumlah pergerakan kenderaan semakin meningkat sekali gus menarik lebih ramai pengunjung menyinggah di kawasan tamu tersebut.

Disyorkan