Alam Sekitar | Belia diseru jadi penggerak utama usaha tanam pokok

  • 2 tahun lalu
Golongan belia diseru untuk menjadi penggerak utama dalam menjayakan misi penanaman 100 juta pokok bermula 2021 hingga 2025.

Jelas Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Mansor Osman, penglibatan anak muda amat penting kerana ia pendedahan awal kesedaran menjaga alam sekitar dapat diterap, selain boleh membawa mereka melakukan aktiviti yang berfaedah.