Bayaran Tanpa Tunai | Fasiliti kesihatan awam Melaka beri kelonggaran bayar tunai

  • 2 tahun lalu
Melaka masih membenarkan rakyat negeri itu untuk melakukan bayaran secara tunai atau kaedah perbankan digital di semua fasiliti kesihatan awam di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kelonggaran itu bagi memberi kemudahan kepada pelbagai pihak dengan mengambil kira kebanyakan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terletak di kawasan luar bandar.