Bekalan Ubat | KKM terima jaminan tambahan bekalan bulan depan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa bekalan ubat dijangka meningkat apabila negara mengimport lebih banyak Bahan Farmaseutikal Aktif (API) bermula bulan depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata dalam tempoh menunggu bekalan itu ditingkatkan, kementerian akan mendahulukan stok penimbal Kerajaan Persekutuan bagi menampung masalah kekurangan ubat-ubatan terutama di fasiliti kesihatan swasta.