Pekerja Asing | Saravanan nafi lulus 200 ribu pengambilan pekerja Bangladesh

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri M Saravanan menafikan dakwaan bahawa, beliau meluluskan pengambilan seramai 200,000 pekerja asing dari Bangladesh ke negara ini.

Tegas Menteri Sumber Manusia itu, kelulusan yang diberikan oleh kementerian itu adalah bagi kontrak pengambilan pekerja asing berdasarkan kepada sektor pekerjaan yang dibenarkan bagi penggajian, dan bukan berdasarkan kewarganegaraan.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Disyorkan