Pagi Bebas Kenderaan | Ribuan peserta sertai KLFMC, rai 500 petugas barisan hadapan

  • 2 tahun lalu
Jika anda tidak mempunyai perancangan pada hari minggu, program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLFCM) mungkin boleh dimasukkan dalam senarai aktiviti riadah anda.

Setiap Ahad pada setiap bulan, beberapa jalan utama di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur akan ditutup untuk program berkenaan.

Istimewa hari ini, ribuan peserta termasuk lebih 500 petugas barisan hadapan daripada pelbagai agensi diraikan sebagai tanda penghargaan kerana terlibat dalam pengurusan COVID-19.