Bahang PRU15 makin terasa, adakah pengundi Undi18 bersedia?

  • 2 years ago
Kami turun ke padang baru-baru ini untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan anak muda hari ini tentang politik. Mereka akan menjadi peneraju dalam pilihan raya umum akan datang.

Dengan pelaksanaan UNDI18 tahun ini, jumlah pengundi pada PRU akan datang dijangka meningkat sekurang-kurangnya 40% berbanding jumlah pengundi pada PRU14. Tetapi adakah anak muda seperti saya tahu siapa yang kita mahu undi?