Mati Lemas | Mayat lelaki ditemui di dasar sungai

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat jeti nelayan Taman Nilam, di Langkawi pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengatakan seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai selepas terkejut dengan kehadiran polis di kawasan Taman Nilam, pada jam 4 petang.