'Berdendam itu musnahkan jiwa'
  • 2 tahun lalu
Walaupun terluka, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mengakui sedikit pun tidak menyimpan rasa marah kepada individu yang menyebabkan dirinya meringkuk di penjara pada 2015.

Beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan, dan dibebaskan dengan parol setelah didapati bersalah membeli rumah di bawah harga pasaran daripada seorang rakan.

Dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian, Dr Mohamad Khir berkongsi detik hitam yang menimpa dan bagaimana beliau akhirnya bangkit dengan jiwa dan iltizam baru selepas menerima hukuman.

Saksikan Ahad ini, 19 Jun 2022 jam 2 petang di semua platform Sinar Harian.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI: https://bit.ly/3Qs3KZC

#WawancaraEksklusif #SinarHarian