Azmin jumpa dua wakil PKR di Hotel Sheraton, dedah sumber
  • 2 years ago
Di tengah-tengah spekulasi berkaitan masa depannya bersama Bersatu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR.


Perkara ini didedahkan beberapa orang pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini yang tidak mahu identiti mereka didedahkan.


Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan selama sejam itu berlangsung pada Rabu lalu di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.