Piala Asia 2023 | Harimau Malaya mampu ‘benam’ Bangladesh

  • 2 tahun lalu
Menjelang perlawanan terakhir Kumpulan E yang menyaksikan pertemuan skuad Harimau Malaya dengan Bangladesh malam ini dalam misi melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Tinjauan Astro AWANI di sekitar Jitra, Kedah mendapati rata-rata mereka yakin dan optimis skuad kebangsaan mampu 'membaham' pasukan yang berada pada kedudukan tercorot didalam kumpulan itu.

Mereka percaya, hanya kemenangan boleh membawa Malaysia ke saingan bolasepak paling berprestij di Asia itu selepas kali terakhir Harimau Malaya layak secara merit pada tahun 1980.

Disyorkan