PRU15 | Pejuang Batu Sapi yakin boleh menang Parlimen Batu Sapi

  • 2 tahun lalu
Penyelaras Parti Pejuang Tanahair Parlimen Batu Sapi, Shamsuddin Chinu yakin dan percaya rakyat di kawasan berkenaan tidak lagi mahu orang luar yang menerajui mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ini kerana, berdasarkan gerak kerja serta pemantauan ke akar umbi rata-rata rakyat mahukan anak jati batu sapi sendiri untuk diketengahkan, samada sebagai pemimpin atau pun calon.