70 Tahun Bertakhta | Agong zahir ucapan tahniah kepada Ratu Elizabeth II
  • 2 tahun lalu
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Permaisuri Great Britain, Ratu Elizabeth II, atas sambutan jubli platinum sempena ulangtahun pemerintahannya ke 70.

Baginda turut mendoakan agar Elizabeth dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan keafiatan untuk terus bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain.