PICKids | Tiada lagi vaksin percuma untuk kanak-kanak selepas 31 Mei

  • 2 tahun lalu
Tiada lagi vaksin Pizer dan Sinovac secara percuma yang akan ditawarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini.

Pengurus Program Vaksin ProtechHealth Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan pertama dan kedua bagi vaksin tersebut di PPVGP atau klinik swasta.