Kes Tembakan Rambang | Jejaskan kedudukan Amerika Syarikat di luar negara

  • 2 tahun lalu
Tragedi tembakan di sekolah di Texas dan insiden korban besar-besaran lain telah menjejaskan kedudukan Amerika di luar negara sekaligus memberi keselesaan kepada pesaing dan musuh Amerika Syarikat.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Ned Price berkata insiden seumpamanya itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada reputasi Amerika tetapi juga mengecewakan dan mengelirukan rakan sekutu yang tidak memahami bagaimana perkara berkenaan boleh berlaku.