Afifi lepas jawatan penasihat Sultan Perak lepas video kontroversi
  • 2 years ago
Selepas dilanda kontroversi baru-baru ini, pensyarah Islam di Universiti Oxford, United Kingdom, Dr Afifi al-Akiti disahkan melepaskan jawatan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, merangkap penasihat rasmi sultan Perak dalam hal ehwal Islam.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Perak, Ayop Hashim, dalam satu kenyataan media, hari ini.