Buruh Paksa | Saravanan sahut cabaran debat oleh Ramasamy

  • 2 tahun lalu
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan menyahut cabaran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy untuk berdebat berhubung isu buruh paksa.

Menerusi Facebook, Saravanan memaklumkan, beliau bersedia untuk menjelaskan mengenai permintaan yang dibuat kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Amerika Syarikat berhubung isu berkenaan.