Arahan Tutup 14 Hari | Gudang simpanan pasar raya dipenuhi najis haiwan

  • 2 tahun lalu
Sebuah gudang milik pasar raya besar di Jasin, Melaka diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari selepas dikesan menyimpan stok barangan makanan yang dipenuhi dengan najis haiwan yang dibiarkan sehingga kering.

Dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu, pasar raya tersebut turut dikesan menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku, selain makanan yang telah tamat tarikh luput pada 2018.