Debat Perdana | Anwar Ibrahim-Najib Razak ditetapkan 12 Mei

  • 2 tahun lalu
Debat Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada 12 Mei depan.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media bersama oleh wakil kedua-dua pemimpin itu iaitu Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Fahmi menjelaskan, debat akan berlangsung pada jam 9 malam di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya.

Format perdebatan terbahagi kepada tiga bahagian yang dijangka berlangsung antara satu hingga dua jam.

Bahagian pertama berkaitan masalah Sapura Energy, kedua masa depan Malaysia, ketiga sesi soal jawab.

Disyorkan