'Banyak yang lompat parti pula berbahas, semoga mereka insaf' - Bung

  • 2 years ago
Bung Moktar Radin menyokong cadangan blok pembangkang agar Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti dibentangkan selewat-lewatnya akhir Mei ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah, RUU itu juga perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Ini kerana katanya, tindakan melompat parti adalah perbuatan khianat, tidak bermaruah serta tidak berintegriti walaupun ia dilakukan secara sukarela ataupun dipaksa.